top of page

HSS Engineers dapat kontrak pengurusan projek


HSS Engineers Bhd
HSS Engineers Bhd

HSS Engineers Bhd

KUALA LUMPUR: HSS Engineers Bhd (HEB), menerusi anak syarikat yang juga syarikat sekutu, HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) menerima surat arahan daripada Yellowwood Properties Sdn Bhd (YPSB) untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan projek bagi sebuah kampus pusat data baharu yang baru dibina dan substesen elektrik di Sedenak Tech Park (STEP), Johor.


Surat arahan itu dikeluarkan susulan kepada Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan Perundingan yang dimeterai antara YPSB dan HSSI.


HSS Engineers dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, nilai anggaran perkhidmatan itu adalah RM8.795 juta, termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST), dengan kontrak selama 18 bulan bermula 12 Januari 2023.


"Skop perkhidmatan HSSI akan merangkumi semua fasa projek termasuk, namun tidak terhad kepada pelaporan & kawalan projek, perancangan, pengurusan pembinaan dan pengurusan kesihatan & keselamatan," katanya.


Syarikat itu berkata, kontrak perkhidmatan berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan, perolehan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.


"Perkhidmatan itu tidak akan mempunyai sebarang impak terhadap modal saham atau/dan struktur pegangan saham HEB. Perkhidmatan itu dijangka akan dibiayai menerusi dana dijana secara dalaman dan/atau pinjaman luar," katanya.


Sumber: Berita Harian


79 views

Comments


bottom of page