Gangguan air sekitar Kamunting esok


PENDUDUK di kawasan Kamunting dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya pada Rabu ini (esok) susulan gangguan bekalan yang dijangka bermula dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari berkenaan.


Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Air Perak (LAP) Wilayah Barat berkata gangguan dijangka melibatkan 15 kawasan iaitu Taman Lela, Taman Rakyat, Taman Juta, Taman Kota Wira, Sungai Relong, Kampung Pasir, Kampung Tepi Sungai Ulu Sepetang, Taman Larah Ria, Ladang Malakof, Taman Sri Kurau, Kampung Changkat Larah, Ladang Sin Wah, Batu 4 Kamunting, Taman Kamunting Perdana dan Taman Larah Maju.


Gangguan ini disebabkan kerja-kerja sambungan paip yang sedang dijalankan oleh kontraktor LAP, menurut kenyataan itu.


Sebarang masalah atau pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pusat Operasi LAP Taiping menerusi talian 05-8911437 atau talian bebas tol 1-800-88-7788.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #air #Kamunting

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.