top of page

Gamuda raih kontrak kereta api bawah tanah Taiwan


Gamuda raih kontrak kereta api bawah tanah Taiwan Berita Harian www.bharian.com.my
Gamuda raih kontrak kereta api bawah tanah Taiwan

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd memperoleh kontrak pembinaan dan penyiapan stesen komuter Pakej CJ18 PingZhen Projek Kereta Api Bawah Tanah Bandar TaoYuan di Taiwan bernilai NT$14.5 bilion (RM2.13 bilion).


Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata Gamuda, bersama-sama dengan Asia World Engineering & Construction Co (AWEC), sebuah syarikat Taiwan, menerima kontrak tersebut daripada Biro Kereta Api Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Taiwan.


Projek yang mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan itu akan dilaksanakan oleh usaha sama 60:40 tidak diperbadankan yang terdiri daripada Gamuda dan AWEC.


Gamuda menjangka projek itu akan menjana hasil sebanyak NT$8.7 bilion (RM1.28 billion).


"Projek itu termasuk pembinaan landasan kereta api berkembar bawah tahan sepanjang 3.73 kilometer dengan stesen komuter bawah tanah di PingZhen yang terletak di bawah stesen kereta api sedia ada.


"Penjajaran bawah tanah baharu itu akan mengoptimumkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan tanah di Daerah PingZhen. Projek ini akan meningkatkan mobiliti bandar yang selamat dan terjamin dan mengurangkan kesesakan trafik yang dihadapi penduduk di Bandar TaoYuan apabila siap kelak," katanya.


Gamuda berkata keadaan pasaran yang buruh yang terhad ketika ini akan menjadi risiko utama bagi projek itu.


Sumber: Berita Harian


13 views

Comments


bottom of page