top of page

Gamuda, MOF Inc lanjut rundingan ambil alih lebuh raya


KUALA LUMPUR: Kesas Holdings, anak syarikat 70 peratus milik Gamuda Bhd dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) bersetuju secara bersama untuk melanjutkan tarikh akhir rundingan dan memuktamadkan terma perjanjian muktamad pengambilalihan lebuh raya sehingga 31 Oktober ini.


Tarikh akhir untuk merunding dan memuktamadkan terma perjanjian muktamad itu sepatutnya adalah esok.

Gamuda dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, MOF Inc dan setiap syarikat sekutu dan syarikat usaha sama Gamuda turut bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir berkenaan kepada 31 Oktober ini.


Ia membabitkan SPRINT Holdings, syarikat sekutu 52 peratusnya; LITRAK Holdings, syarikat sekutu 43 peratusnya dan SMART Holdings, syarikat usaha sama 50 peratusnya.


“Selain lanjutan itu, semua terma lain terkandung dalam tawaran berkenaan akan terus berkuat kuasa,” katanya.



6 views
bottom of page