top of page

Gagasan Nadi Cergas dapat kontrak bina rumah mampu milik


Gagasan Nadi Cergas dapat kontrak bina rumah mampu milik https://www.evolusibina.com/berita
Gagasan Nadi Cergas Bhd

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh kumpulan pembinaan Gagasan Nadi Cergas Bhd, Nadi Cergas Sdn Bhd memperoleh kontrak RM189.8 juta daripada Paramount Property Development Sdn Bhd untuk membina kediaman bertingkat mampu milik di Kemuning Utama, Shah Alam.


Paramount Property Development Sdn Bhd adalah unit Paramount Corporation Bhd.


Di bawah kontrak itu, Nadi Cergas akan melaksanakan kontrak siap guna mereka bentuk dan membangunkan 929 unit kediaman di perbandaran Kemuning Utama di Shah Alam, Selangor.


Pengarah Urusan Kumpulan Gagasan Nadi Cergas, Wan Azman Wan Kamal, berkata kumpulan itu telah mencapai kemajuan positif dalam operasi segmen hartanah dan pembinaan.


"Agenda perumahan mampu milik terutamanya di lokasi bandar yang berkembang pesat kekal berada landasan yang betul, sektor swasta dan awam memainkan peranan masing-masing untuk menjaga kebajikan rakyat dalam persekitaran Malaysia dijangka dalam trajektori menaik pada masa hadapan.


"Kerjasama kami dengan Paramount membolehkan kami membantu merealisasikan matlamat itu.


"Ini adalah sebahagian daripada penghantaran hampir 10,000 rumah mampu milik Gagasan Nadi Cergas di Lembah Klang dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sebelum kontrak itu, Gagasan Nadi Cergas telah ditugaskan oleh kumpulan Paramount untuk membina projek rumah mampu milik bertingkat di Greenwoods Salak Perdana, Sepang, Selangor.


Sumber: Berita Harian

8 views

Comments


bottom of page