top of page

Gagal bayar cukai jualan, Sarawak saman PETRONAS



KUCHING: Kerajaan Sarawak hari ini memfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) selepas syarikat berkenaan gagal membayar cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum yang dikuatkusakan di negeri ini.


Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata writ saman dan penyataan tuntutan itu difailkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.


“Seperti yang sudah berulang kali dimaklumkan sebelum ini, PETRONAS tidak membayar cukai jualan produk petroleum yang ditetapkan mengikut Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998.

“Justeru itu, Kerajaan Sarawak tiada pilihan lain kecuali memulakan tindakan undang-undang untuk menuntut cukai yang belum dibayar,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.


Sarawak mengenakan cukai jualan pada kadar lima peratus ke atas produk petroleum yang dieksport mulai 1 Januari lalu sebagai sumber hasil baharu untuk menyokong agenda pembangunan neger.


Ia dilevikan terhadap minyak mentah, gas asli, gas asli cecair (LNG), produk baja berasaskan kimia dan produk daripada proses penukaran gas kepada cecair.


Sementara itu, dua syarikat petroleum asing yang di Sarawak iaitu Shell dan Murphy Oil diaporkan sudah membayar cukai jualan berkenaan.



67 views
bottom of page