top of page

Gading Kencana terima anugerah APVIA di Shanghai



KUALA LUMPUR – Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana) telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Asian Photovoltaic Industry Association (APVIA) yang diadakan di Shanghai, China awal Jun lalu.


Pada majlis tersebut, syarikat telah memenangi anugerah untuk kategori applikasi Photovoltaic Application (for enterprise) atau fotovoltaic (perusahaan).


Pengarah Urusan Gading Kencana, Datuk Ir. Guntor Tobeng Mansor telah hadir bagi me­nerima anugerah berkenaan.


Gading Kencana merupakan syarikat tunggal daripada Malaysia yang menerima anugerah bagi kategori berkenaan pada tahun ini dan sejak anugerah tersebut diperkenalkan.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, anugerah tersebut bertujuan untuk mengiktiraf pelabur, pemaju, pengendali, syarikat kejuruteraan, institusi rekaan, kolej jurubina dan universiti yang terlibat dalam bidang perusahaan fotovoltaic, yang telah berjaya mencapai kejayaan sehingga boleh dijadikan model perniagaan.


Antara projek yang telah diusahakan ialah lampu jalan bertenaga solar yang dipasang di kawasan terpencil dan berbahaya bagi mengelakkan kemalangan jalan raya, projek bekalan elektrik dengan menggunakan solar PV genset hybrid system bagi sekolah di pedalaman, penggunaan maksimum tanah bagi ladang solar dan beberapa projek lain.


Mengulas lanjut, Guntor Tobeng menjelaskan, anugerah berkenaan merupakan satu pengiktirafan yang sangat membanggakan bagi seluruh warga kerja Gading Kencana, sekali gus ia memberi suntikan sema­ngat bagi mereka untuk berusaha lebih keras, efisien bagi menjadi pemain utama dalam industri tenaga diperbaharui di peringkat global.


“Dengan sasaran untuk meluaskan projek peringkat tempatan dan antarabangsa, anugerah berkenaan memberi peluang syarikat memposisi diri serta meletakkan jenama setanding dengan syarikat besar dari negara lain,” ujarnya.


Mengulas lanjut, syarikat bakal memulakan kerja-kerja pembinaan bagi projek ladang tenaga solar di Perak dan Langkawi dalam masa terdekat ini.


Sumber: Kosmo


42 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page