top of page

G Neptune mohon kelulusan beli Southern Score


G Neptune mohon kelulusan beli Southern Score Berita Harian www.bharian.com.my
Dari kiri, Gan Yee Hin dan Pengarah Eksekutif dan Ketua Perbankan Pelaburan Kumpulan & Perbankan Islam Kenanga Investment Bank Berhad Datuk Roslan Tik menunjukkan dokumen penasihat utama dan penaja untuk cadangan pelan penyusunan semula serta ejen penempatan bagi cadangan penempatan persendirian G Neptune di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: G Neptune Berhad (G Neptune) bercadang menguasai kepentingan ekuiti Southern Score Sdn Bhd (Southern Score) pada pertimbangan belian RM252 juta.


Pembelian Southern Score daripada Super Advantage Property Sdn Bhd bakal dipenuhi melalui terbitan 1.68 bilion saham itu adalah sebahagian daripada cadangan pelan penyelarasannya, bagi menangani status Nota Panduan 3 (GN3) serta mengembalikannya kepada kedudukan kewangan dan keuntungan lebih kukuh yang akan memanfaatkan semua pemegang saham.


Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Southern Score Gan Yee Hin berkata, cadangan pengambilalihan Southern Score adalah sebahagian daripada pelan penyelarasan kerana ia akan membolehkan G Neptune memasuki industri pembinaan yang menjadi industri yang berkembang maju.


Selain itu ia juga akan membantu dalam menyelaraskan keadaan kewangan Syarikat kerana pada masa ini ia tidak mempunyai perniagaan teras untuk mengekalkan status penyenaraiannya.


"Kami menjangkakan Southern Score mendapat manfaat daripada pertumbuhan dalam sektor pembinaan yang dijangka positif pada 2022 berikutan pembukaan semula ekonomi Malaysia," katanya di sini hari ini.


Southern Score ialah syarikat perkhidmatan pengurusan pembinaan yang mencatatkan keuntungan bersih masing-masing sebanyak RM6.51 juta, RM19.20 juta dan RM35.18 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, 2020 dan 2021.


Manakala Super Advantage, sebagai vendor Southern Score, telah menyediakan jaminan keuntungan bersih terkumpul sebanyak RM80 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2022 hingga 2024.


Yee Hin berkata, melalui cadangan penempatan persendirian itu, G Neptune menyasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM108.61 juta untuk digunakan antara lain, pembelian bahan binaan dan pembayaran balik kepada kontraktor untuk projek pembinaan masa hadapan, serta untuk TCS SS Precast Construction Sdn Bhd (TSPC), kontraktor CIDB Gred 7 di mana Southern Score memiliki 35 peratus kepentingan.


Di samping itu, untuk lebih mencerminkan identiti korporat Syarikat pada masa hadapan, adalah dicadangkan nama Syarikat "G Neptune Berhad" ditukar kepada 'Southern Score Builders Berhad'Cadangan pelan penyelarasan dan cadangan pertukaran nama adalah tertakluk kepada, antara lain, kelulusan pemegang saham GNB pada mesyuarat agung akan datang pada 13 September 2022.


Sumber: Berita Harian


21 views

Comments


bottom of page