top of page

Exco Selangor terkejut cadangan jajaran baharu MRT3 libatkan Taman Kencana


Exco Selangor terkejut cadangan jajaran baharu MRT3 libatkan Taman Kencana Malaysia Gazette www.malaysiagazette.com
Izham Hashim

KUALA LUMPUR – Exco Selangor terkejut dengan cadangan jajaran baharu projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang didakwa akan dibina di kawasan Taman Kencana, Ampang.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pertanian dan Perladangan dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang cadangan mengenainya.


“Saya terkejut bila dengar ia libat lebih 90 buah rumah di Taman Kencana, ingat buat tepi-tepi dan libat sebiji dua rumah sahaja.


No way saya akan benarkan perkara jajaran baharu ini berlaku. Stop all the nonsense!” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Taman Kencana di Ampang Sabtu lalu.


Beliau juga menafikan dakwaan kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan itu malah mengakui tidak pernah menerimanya.


Justeru, Izham mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenainya.


Dalam pada itu, beliau juga mengarahkan MPAJ memberhentikan sementara kerja-kerja berkaitan sehingga mendapat kelulusan kerajaan negeri terlebih dahulu.


Sebelum itu, penduduk Taman Kencana menubuhkan jawatankuasa khas membantah cadangan jajaran baharu MRT3 yang bakal menyebabkan lebih separuh rumah di kawasan berkenaan terlibat.



20 views
bottom of page