Empat maut terowong runtuh di China


Pasukan penyelamat giat melakukan kerja-kerja mencari dua lagi mangsa yang terperangkap dalam kejadian terowong runtuh di Wilayah Shanxi utara China semalam. - Foto Agensi

TAIYUAN - Empat orang disahkan terkorban manakala dua lagi masih terperangkap dalam kejadian sebuah terowong runtuh di Wilayah Shanxi utara China, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang semalam di sebuah terowong di lebuh raya di bandar Jincheng itu menyebabkan enam orang pekerja yang bekerja di tapak tersebut terperangkap, lapor agensi berita Xinhua.


Salah seorang daripada mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke sebuah hospital berdekatan namun meninggal dunia semalam manakala tiga lagi mangsa ditemui pasukan penyelamat pada jam 7.50 pagi tadi.


Kira-kira 200 meter padu serpihan runtuhan menghalang laluan terowong tersebut dan usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan di tempat kejadian. - Agensi


Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #China

4 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.