top of page

Empangan kedua terbesar dunia mula beroperasi


GAMBAR dari pemandangan udara menunjukkan stesen janakuasa hidroelektrik Baihetan di Zhaotong, wilayah Yunnan, barat daya China. - AFP

BEIJING: Stesen janakuasa hidroelektrik kedua terbesar di dunia yang dibina oleh China sudah mula beroperasi namun bukan pada kapasiti penuh.


Projek empangan kedua terbesar dunia itu dianggap sebagai peristiwa penting ke arah mencapai matlamat menjadi negara neutral karbon walaupun terdapat amaran mengenai kemusnahan alam sekitar.


Stesen televisyen CCTV melaporkan, stesen janakuasa hidroelektrik Baihetan yang dibina dengan ketinggian 289 meter dan terletak di barat daya China, memulakan operasi secara separa pada pagi tadi.


Dilaporkan, loji empangan Baihetan mampu membekalkan kapasiti sumber tenaga sebanyak 16,000 megawatt (MW).


Ia secara tidak langsung dapat menjana elektrik mencukupi setiap hari untuk memenuhi keperluan 500,000 penduduk selama setahun.


China membangunkan beberapa projek stesen hidroelektrik baharu sejak beberapa tahun kebelakangan ini ketika negara itu berusaha memenuhi keperluan sumber tenaga yang semakin meningkat dari populasi terbesar di dunia.


Empangan itu menghubungkan bahagian atas Sungai Yangtze serta di kawasan sempadan sering dilanda gempa bumi antara wilyah Yunnan dan Sichuan.


Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan berkata, beliau berharap agar loji empangan itu dapat memberikan sumbangan lebih besar untuk mencapai matlamat neutral karbon. – AFP


31 views

Comments


bottom of page