top of page

EMP projek Pulau Silikon diluluskan


EMP projek Pulau Silikon diluluskan
Projek PSI yang dahulunya terdiri daripada tiga pulau telah dikecilkan kepada satu pulau.

EMP projek Pulau Silikon diluluskan

GEORGETOWN - Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek Pulau Silikon telah memperoleh kelulusan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang pada 21 Julai lalu.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia susulan daripada kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang diberi kelulusan dengan 71 syarat oleh JAS pusat melalui surat bertarikh 11 April 2023.


Menurutnya, dengan kelulusan daripada agensi-agensi terlibat, kerja-kerja persediaan awalan tambakan bagi projek akan dimulakan pada 1 September ini dan diteruskan sehingga kerja-kerja berkaitan disiapkan.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Kerajaan negeri berterima kasih kepada JAS Pulau Pinang atas penilaian teliti yang diberikan dalam menilai serta meluluskan EMP berkaitan.


"Keputusan tersebut hasil kerjasama dan usaha bersama untuk memastikan bahawa pembangunan Pulau Silikon mematuhi piawai alam sekitar dan keselamatan komuniti setempat.


"Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan pandangan dalam merangka EMP ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Sebelum ini, JAS pusat telah meluluskan Laporan EIA bagi Projek PSI dengan berasaskan 71 syarat ditetapkan termasuk keperluan meneruskan pelaksanaan Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi (PEOM) projek berkenaan.


Kon Yeow menambah, pembayaran 75 peratus ex-gratia akan mula dikreditkan secara berfasa bermula Jumaat kepada komuniti nelayan yang terkesan oleh projek berkenaan selepas kelulusan EMP.


"Sementara baki 25 peratus akan disempurnakan pada awal 2024. Bayaran akan dibuat secara berfasa dengan mengambil kira skop projek PSI yang telah dikurangkan kepada sebuah pulau, berbanding perancangan awal sebelum ini.

"Pembangunan projek Pulau Silikon direka bentuk berdasarkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

"Ia dijangka menjadi pusat teknologi terkemuka di rantau ini dan membuka peluang pekerjaan baru dengan menyuntik manfaat ekonomi berkekalan kepada lokaliti setempat," katanya.


Jelas beliau, sebagai permulaan, sebanyak 600 peluang pekerjaan berasaskan laut dan darat akan ditawarkan dalam tempoh 18 bulan akan datang.


Tambahnya lagi, keutamaan akan diberikan kepada nelayan dan penduduk tempatan.


Mei lalu, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pembatalan bagi Pulau B dalam PSI seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.


Selain Pulau B, keluasan Pulau A yang dinamakan sebagai Pulau Silikon turut dikecilkan iaitu daripada 1,821 hektar kepada 930.8 hektar.


Pengurangan keluasan itu melibatkan 49 peratus daripada keseluruhan tiga pulau kepada satu buah pulau sahaja.


Pulau C yang berkeluasan 323.7 hektar turut dibatalkan.


Projek PSI yang sebelum ini dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR) adalah projek mega melibatkan tambakan bagi mewujudkan tiga pulau dengan keluasan 1,821 hektar di kawasan selatan Pulau Pinang.


Projek tersebut yang mula diperkenalkan pada 2015 merupakan modul pembiayaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion selepas SRS Konsortium dilantik sebagai PDP untuk PTMP pada 14 Ogos 2015.


Sumber: Sinar Harian


EMP projek Pulau Silikon diluluskan


Comments


bottom of page