top of page

'Elak projek terbengkalai, pemaju harus ambil risiko komersial' - KRI


Elak projek terbengkalai, pemaju harus ambil risiko komersial
Gambar hiasan: Elak projek terbengkalai, pemaju harus ambil risiko komersial

Kajian Khazanah Research Institute (KRI)

KUALA LUMPUR: Tiada masalah untuk syarikat pemaju untuk menjana keuntungan dalam penjualan rumah namun syarikat perlu berani mengambil risiko komersial.


Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI) Dr Suraya Ismail menegaskan agar pihak pemaju lebih bertanggungjawab dengan tidak meletakkan risiko ke atas tangan pembeli sepenuhnya.


Dr Suraya bercakap mengenai peranan jawatankuasa selesai projek 'sakit' secara berkesan dalam program Pantau Agenda Reformasi hari ini.


“Bagi saya tidak ada masalah kalau pemaju nak buat business. Biasalah orang bisnes, mereka nak jana keuntungan. Tetapi bila kita ambil atau buat business or commercial, kita mesti ambil the commercial risk. Kita tidak boleh serahkan risiko kepada pembeli.


"Dengan sistem jual dan baru bina, pemaju pass all the commercial risk kepadapembeli. Ini sangat salah. Then dia punya justifikasi adalah kalau kita bina dulu baru jual maka harga akan naik...tak apa lah naik sikit sedangkan sekarang pun harga mahal juga.


“Bagi saya dalam apa jua jenis perniagaan, bila kita nak menjual kita sebagai penjual mesti assumed that commercial risk. Kita tak boleh bagi dekat orang. Itu salah dari segi peradaban dan salah di sisi undang-undang,” katanya.


Tambah Dr Suraya, cara jual dan bina kemudian menyebabkan banyak kes perumahan terbengkalai dan perkara ini hanya dilihat berlaku di Malaysia dan Singapura.


“Di Malaysia kita membenarkan cara ini dan sebab itu kita ada projek terbengkalai dan segala macam. Sebab kita membenarkan sistem ini dan sistem ini juga penuh dengan pemainnya termasuk pihak perbankan yang suka sistem ini, kita ada liquidator yang akan masuk apabila projek terbengkalai dan jual balik projek,” katanya.


Dalam pada itu, Dr Suraya mencadangkan kepada Kerajaan agar Task Force diberi metriks agar masalah dapat ditangani bersama antara kerajaan negeri dan persekutuan dan dapat diselesaikan dalam kadar segera.


Sumber: Astro Awani


5 views

Comments


bottom of page