top of page

EKVE: Menteri tinjau aduan isu banjir lumpur



HULU LANGAT: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah turun melihat sendiri lokasi sering berlakunya banjir lumpur akibat projek Lebuh Raya East Klang Valley (EKVE), di sini pagi tadi.


Tinjauan tersebut susulan aduan diterima Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang dikemukakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Bertindak Kebajikan, Keselamatan dan Sosial di Jalan FELCRA Semungkis mengenai kejadian tersebut.


Dimaklumkan, kesan banjir lumpur telah mengakibatkan kemusnahan harta benda penduduk, selain beberapa isu telah diberi perhatian oleh Dato’ Sri Tuan Ibrahim sendiri yang difokuskan beliau dari tinjauan dilakukan itu.


Iaitu digariskannya tiga aspek melibatkan aliran air sungai, sistem saliran terutama daripada tapak projek dan juga dinding penahan projek EKVE tersebut.


“In sya Allah, penyelesaian segera mesti diambil. KASA termasuk JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) akan berbincang dengan pihak Kementerian Kerja Raya, Kerajaan Negeri Selangor dan pemaju untuk bantu menyelesaikan isu ini.


“Terima kasih kepada AJK Bertindak (Kebajikan, Keselamatan dan Sosial), pemimpin masyarakat setempat, NGO TrEES, Friends of River Malaysia, Khidmat Malaysia, Jabatan Amal dan PPIM,” ujar beliau.



28 views
bottom of page