top of page

Ekovest dapat kontrak RTS Link bernilai RM1.979 bilion


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ekovest Construction Sdn Bhd (ECSB), anak syarikat milik penuh Ekovest Bhd memperoleh kontrak bernilai RM1.979 bilion daripada Adil Permata Sdn Bhd (APSB) untuk rel laluan Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru-Singapura (Projek RTS Link).


APSB ialah kontraktor utama yang dilantik oleh Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS), pemaju dan pemilik infrastruktur awam bagi bahagian di Johor Bahru ke Singapura untuk Projek RTS Link.


"Penyertaan ECSB sebagai rakan kerjasama APSB dan kontraktor kejuruteraan, perolehan dan pembinaan untuk melaksanakan pembinaan Projek RTS Link akan menambahkan lagi pesanan pembinaan.


"Ia juga dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan Ekovest dan kumpulan syarikatnya," kata syarikat pembinaan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.


Ekovest berkata, Projek RTS Link ini terdiri daripada sambungan ulang-alik kereta api sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen di Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands, Singapura.


Laluan untuk Projek RTS Link ini adalah sistem transit aliran ringan moden yang akan menyediakan sistem pengangkutan dengan volum yang tinggi, pantas dan cekap antara kedua-dua stesen, mengadakan pengangkutan alternatif yang akan membantu mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan imigresen bagi kedua-dua negara, katanya.


Projek ini dijangka menyediakan anggaran 10,000 penumpang sejam setiap arah melalui Johor Bahru ke Singapura dan ia akan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor-Singapura.


Sumber: Berita Harian

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page