top of page

Eden dapat pampasan RM78.86 juta tanah diambil projek ECRL


Eden dapat pampasan RM78.86 juta tanah diambil projek ECRL Berita Harian www.bharian.com.my
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Eden Inc Bhd (Eden) menerima pampasan berjumlah RM76.86 juta daripada kerajaan membabitkan pengambilan tanah di Pahang bagi tujuan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menyatakan bahawa keputusan bagi jumlah yang dipertimbangkan itu dibuat dalam sesi pendengaran berkaitan tanah pada 4 Ogos 2022 dan berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh wakil Eden dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Yang Diperbadankan.


"Penjualan wajib itu susulan penerimaan daripada pentadbir tanah mengenai notis pengambilan milik tanah berkenaan di bawah Seksyen 18 Akta Pengambilan Tanah 1960," katanya.


Pampasan itu juga tertakluk kepada jumlah boleh dibayar kepada institusi kewangan bagi mengurangkan jumlah pinjaman yang sejajar dengan dokumen berkaitan.


"Jumlah baki itu dijangka digunakan bagi tujuan pengembangan perniagaan di masa depan, modal kerja dan pembayaran semula hutang," katanya.


Menurut Eden, penjualan itu dijangka memberi pulangan bagi pelupusan wajib sebanyak RM45.84 juta.


Sumber: Berita Harian


47 views

Σχόλια


bottom of page