ECRL: Tergantung Pada Laporan - Duta China

Oleh: Liow Sze Xian



Rundingan antara kontraktor dan pemilik Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sedang berlangsung dengan penyusunan laporan oleh kedua-dua pihak.


Duta China ke Malaysia Bai Tian berkata beliau belum menerima laporan tersebut tetapi menegaskan Malaysia dan China komited mengatasi kebuntuan itu.


Bai tidak menyatakan laporan itu disiapkan untuk siapa atau tempoh masa untuk kedua-dua pihak selesai menyusunnya.


"Kami masih optimistik, kami berharap pada hubungan saling menghormati, dengan niat yang baik dan semangat saling menguntungkan, untuk manfaat bersama, kedua-dua pihak perniagaan ini akan menghasilkan keputusan menang-menang (untuk semua)," katanya.


Pemilik ECRL ialah kerajaan Malaysia manakala China Communications Construction Co Ltd (CCCC) bertindak sebagai kontraktornya.


Bai bercakap kepada pemberita ketika menemani Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam lawatannya ke kilang pemasangan China Railway Rolling Stock (CRRC) di Batu Gajah, Perak. CRRC tidak terlibat dalam projek ECRL.


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam satu laporan semalam berkata Malaysia terperangkap dalam perjanjian kerana tidak mampu untuk meneruskan ECRL dalam bentuk asalnya dan tidak mampu membayar ganti rugi besar bagi membatalkannya.


Walau bagaimanapun, beliau berkata Malaysia terbuka untuk memperkemaskan projek itu untuk menjadikannya lebih murah, tetapi China perlu terlebih dahulu bersetuju dengan cadangan ini.


ECRL dimulakan ketika pemerintahan Najib Razak dan dilaporkan sepatutnya menelan belanja sebanyak RM55 bilion pada masa itu.


Namun pentadbiran Mahathir menganggarkan belanja sebenar projek itu menghampiri RM81 bilion.


Kedua-dua kontraktor CCCC dan Bank Eksport-Import China (Exim Bank of China) yang memberikan pinjaman dimiliki oleh kerajaan China.


Sumber: MalaysiaKini


#evolusibina #ecrl #china

2 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.