top of page

ECRL: Pertubuhan rel mohon dilibatkan sama


PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (depan tengah) bergambar sempena pembukaan Pameran dan Pertunjukan Teknologi serta Inovasi Kejuruteraan Rel Tempatan Terbesar (TECHNOMART REL 2019) di Kumpulan Kerjasama Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) hari ini. Turut sama Presiden Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman. - BERNAMA

CYBERJAYA 16 April - Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) memohon agar Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta pihak China yang menjalankan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk melibatkan syarikat-syarikat tempatan dalam projek berkenaan.


Presiden MARIC, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman berkata, syarikat-syarikat tempatan yang memfokuskan kepada produk-produk sistem berkaitan boleh dilibatkan dalam pembinaan ECRL.


Menurutnya, syarikat-syarikat tempatan mempunyai kemampuan dan kelayakan dalam memenuhi standard pembinaan bagi projek itu.


“MARIC terdiri daripada 36 syarikat akan terlibat dalam Technomart Rel 2019 untuk bercakap tentang hak ehwal rel termasuk pembaikan dan baik pulih (MRO) dan perundingan kejuruteraan.


“Kenapa tidak kita mengangkat produk tempatan? Kita semua boleh. Mungkin dalam sektor semboyan (signalling) kita kurang tapi ini boleh kita teroka untuk mempertingkatkan kepakaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Technomart Rel 2019 di sini hari ini.


Majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa ECRL akan diteruskan dengan kos yang lebih rendah.


Pejabat Perdana Menteri memberitahu, kos projek itu dikurangkan selepas pihak kerajaan Malaysia dan China melakukan rundingan selama beberapa bulan.



40 views
bottom of page