top of page

Econpile dapat kontrak kerja struktur RM27.09 juta


Gambar hiasan. Sumber: The Malaysian Reserve

KUALA LUMPUR: Pakar pemasangan cerucuk dan pembinaan asas, Econpile Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM27.09 juta untuk melakukan kerja-kerja asas dan struktur bagi pangsapuri mewah di Bukit Damansara di sini.


Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Econpile berkata, anak syarikat milik penuhnya, Econpile (M) Sdn Bhd, menerima surat lantikan bertarikh 11 Mei 2021 daripada Satin Magic Sdn Bhd untuk projek berkenaan.


"Tempoh keseluruhan projek ini adalah selama 15 bulan dan kerja-kerja dijangka bermula pada Jun 2021.


"Projek berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan pendapatan syarikat dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022 dan seterusnya," katanya.


Econpile berkata, pakej kerja di bawah projek itu termasuklah merobohkan, membersihkan tapak, kerja-kerja tanah, kerja-kerja tapak dan kerja-kerja konkrit dipertingkatkan kepada aras LG2 dan LG3 untuk pangsapuri mewah tujuh tingkat dengan aras bawah tanah tiga tingkat. -BERNAMA


Sumber: Berita Harian

32 views

Commentaires


bottom of page