top of page

ECERDC realisasi RM80 bilion pelaburan


ECERDC realisasi RM80 bilion pelaburan
Gambar hiasan

ECERDC realisasi RM80 bilion pelaburan

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat berkata, jumlah itu berjaya direalisasikan selepas ECERDC mencatatkan pelaburan komited melebihi RM160 bilion merentasi pelbagai sektor sejak awal penubuhannya pada 2008.


Justeru, ECERDC kekal fokus dalam menarik pelaburan baharu ke ECER dan di Pahang melalui forum perniagaan Invest@ECER sebagai salah satu usaha untuk mencapai sasaran ditetapkan.

"ECERDC akan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur strategik dan taman perindustrian bertema yang telah memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan ke wilayah ini.

"Malah, ECERDC juga telah mencipta destinasi pelancongan mesti lawat yang bukan sahaja telah memacu pertumbuhan industri pelancongan di rantau ini, malah telah membawa limpahan manfaat kepada masyarakat dan usahawan tempatan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-15 ECERDC dan Pelancaran Invest@ECER di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) pada Selasa.


Dalam pada itu, Baidzawi berkata, pelaburan itu mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk rakyat Pahang, Terengganu dan Kelantan.


Jelasnya, kejayaan itu hasil daripada kerjasama CERDC dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kerajaan Pahang, Terengganu serta Kelantan.


"Selain kemasukan pelaburan, Wilayah ECER menyaksikan pelaksanaan projek strategik berimpak tinggi seperti peluasan Pelabuhan Kuantan sebagai pelabuhan laut dalam, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang kini sedang dalam pembinaan," ujarnya.


Tambah beliau, Pahang kaya dengan kelebihan alam semulajadi menerusi dengan projek eko pelancongan, pembinaan resort bersepadu, taman tema dan pelancongan pantai yang telah berjaya dibangunkan hasil dari pelaburan swasta.


"Banyak projek perniagaan tani ECERDC di Pahang yang paling berjaya iaitu Pusat Penyelidikan dan Inovasi Penternakan Muadzam Shah (MSCRIC) yang diuruskan oleh syarikat induk Farm Fresh Berhad, Ladang Nanas Bersepadu Rompin yang dikendalikan oleh Rompin Integrated Pineapple Industries Industri Nanas Bersepadu Rompin (RIPP), dan Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Kuantan (KIFPP) yang dioperasikan oleh PT Resources Holdings Bhd.


"Jadi, kini, ECERDC memberi tumpuan kepada usaha-usaha menangani isu sekuriti makanan melalui inisiatif agrofood@ECER, bagi menggalakkan pertanian berskala komersial yang diterajui oleh sektor swasta dan menarik pelaburan-pelaburan baharu dalam sektor pertanian termasuk tanaman durian," katanya.


Sumber: Sinar Harian


ECERDC realisasi RM80 bilion pelaburan


bottom of page