Dua projek PGBF Felda Pasoh akan siap menjelang akhir tahun



JELEBU - Dua projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Pasoh Dua dan Felda Pasoh Tiga yang terbengkalai hampir tiga tahun akan disiapkan menjelang akhir tahun ini.


Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, Felda sudah meluluskan peruntukan berjumlah RM26 juta untuk menyiapkan projek yang terbengkalai itu.


"Projek di situ sudah disiapkan sebanyak 60 peratus sebelum terbengkalai dan kita juga berharap dapat menyerahkan rumah berkenaan kepada generasi kedua Felda yang layak seawal suku pertama tahun hadapan.


"Usaha dilakukan kerajaan ini membolehkan generasi kedua Felda yang masih belum mempunyai rumah dapat memiliki rumah masing-masing," katanya.



Terdahulu, Jalaluddin mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Tindakan Daerah Jelebu di Kompleks UMNO Simpang Pertang hari ini di sini.


Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Noor Azmi Yusof dan ADUN Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali.


Sementara itu, Jalaluddin yang juga Pengerusi UDA Holdings Berhad berkata, sebanyak 38 buah rumah PGBF di Felda Pasoh Satu akan diserahkan kepada pemilik pada 21 Ogos ini.


"PGBF berkenaan mempunyai 144 buah rumah dan sebanyak 106 buah rumah sudah diserahkan sebelum ini," katanya.


Jalaluddin berkata, pihaknya juga sedang merancang untuk memperbanyakkan pembinaan rumah generasi kedua di tanah rancangan Felda lain menerusi kerjasama pelbagai syarikat milik kerajaan (GLC).


Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #Felda

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.