
JOHOR BAHRU: Dua projek pembangunan naik taraf lebuh raya di negeri ini akan dilaksanakan lebih awal daripada perancangan asal.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata dua projek berkenaan pembinaan lorong memotong di Senai-Desaru Expressway dan projek pelebaran jalan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).
Katanya, kerja pelebaran dua projek berkenaan sepatutnya bermula pada hujung 2024, diawalkan pada akhir tahun ini dan awal tahun depan.
"Hasil penyelarasan di antara kerajaan negeri, Kementerian Kewangan dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kerja fizikal dua projek pembangunan naik taraf lebuh raya di negeri ini akan dilaksanakan lebih awal.
"Pembinaan lorong memotong di Senai-Desaru Expressway akan dimulakan pada November ini, manakala projek pelebaran jalan PLUS akan dimulakan pada Februari tahun depan," katanya di media sosial, hari ini.
Onn Hafiz berkata, pelaksanaan lebih awal antara perkara yang dibincangkan kerajaan Johor dengan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sumber: Berita Harian
Dua projek naik taraf lebuh raya diawalkan
תגובות