Dua kawasan pantai di Labuan diancam hakisan tahap kritikal


Dr Fary Akmal Osman (kiri) dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan Juniaddi Awang Tuah (kanan) ketika lawatan kerja mengenal pasti kawasan yang mengalami hakisan pantai di Kampung Sungai Miri pada Ahad. - Bernama

https://www.evolusibina.com/berita

LABUAN: Kerja-kerja menambak pantai dua kawasan yang kini berada dalam situasi hakisan yang kritikal di sini akan bermula awal tahun depan sebaik kontraktor dilantik melalui proses tender, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman.


Katanya, dua kawasan pantai berkenaan iaitu Pantai Sungai Pagar (berhampiran Terminal Minyak Mentah Labuan - LCOT) dan Pantai Kampung Sungai Miri yang menjadi tumpuan pelancong serta penduduk setempat untuk menyaksikan matahari terbenam.


"Hakisan semula jadi di kedua-dua pantai sangat kritikal. Usaha untuk melindungi kawasan pantai ini perlu dilakukan segera. Sembilan pantai yang lain juga akan terus dipantau," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pantai berkenaan, yang turut disertai pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada Ahad.

Kawasan di kedua-dua pantai dikenali sebagai Pantai United Nation (Pantai UN'08) selepas ia menerima Anugerah Pantai Bersih daripada Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui kempen Bengkel dan Pembersihan Sampah Laut COBSEA ke-2 yang diadakan pada tahun 2008.


Selain itu, katanya, kerja-kerja tebatan banjir juga akan dilakukan di beberapa sungai di pulau itu untuk mencegah banjir kilat. -- BERNAMA


Sumber: Astro Awani


#evolusibina #Labuan

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.