top of page

DOSM: Nilai kerja pembinaan suku ketiga melonjak 23.2 peratus kepada RM30.5 bilion


DOSM: Nilai kerja pembinaan suku ketiga melonjak 23.2 peratus kepada RM30.5 bilion Astro Awani www.astroawani.com
Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi iaitu sebanyak RM6.9 bilion, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.3 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion). - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Nilai kerja pembinaan pada suku ketiga 2022 melonjak 23.2 peratus kepada RM30.5 bilion berbanding suku tahun yang sama 2021 (suku kedua 2022: RM29.9 bilion).


Dalam Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Suku Ketiga 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata pengembangan tersebut dipacu oleh subsektor bangunan bukan kediaman (37.7 peratus), aktiviti pertukangan khas (32.2 peratus), bangunan kediaman (17.8 peratus) dan kejuruteraan awam (14.6 peratus).


"Pada suku ketiga 2022, subsektor kejuruteraan awam kekal sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan sumbangan sebanyak 37.9 peratus, diikuti oleh bangunan bukan kediaman (30.4 peratus), bangunan kediaman (22.3 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (9.4 peratus)," katanya. Ia turut berkata nilai kerja yang dimiliki oleh sektor swasta berjumlah meningkat ketara 31.8 peratus (suku kedua 2022: 14.8 peratus) kepada RM18.0 bilion, dengan sumbangan sebanyak 59.0 peratus.


Sementara itu, nilai kerja yang dimiliki oleh sektor awam meningkat 12.6 peratus (suku kedua 2022: -4.0 peratus).


Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi iaitu sebanyak RM6.9 bilion, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.3 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion) yang secara kolektif menyumbang 51.9 peratus atau RM15.8 bilion.


Kerja pembinaan bagi tiga suku tahun 2022 mencatatkan nilai RM89.9 bilion, merekodkan peningkatan sebanyak 6.6 peratus berbanding tempoh yang sama 2021 (3suku tahunan 2021: -2.1 peratus).


Sumber: Astro Awani


23 views

Comments


bottom of page