Delegasi ST melawat ibu pejabat Utusan Melayu


KUALA LUMPUR 13 Feb. - Suruhanjaya Tenaga (ST) terus bergerak aktif untuk menyampaikan maklumat berhubung peranannya dalam mengawal selia sumber tenaga elektrik dan gas kepada rakyat negara ini menerusi lawatan kerjasama ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad hari ini.


Pengarah Perancangan Strategik dan Komunikasi ST, Kamarul Ariffin Ibrahim berkata, dengan adanya hubungan baik dengan agensi media seperti Utusan Melayu akan membolehkan suruhanjaya itu menyalurkan berita-berita sahih berkaitan tenaga elektrik dan gas kepada.


Jelasnya, hubungan kerjasama yang penting antara kedua-dua pihak itu juga dilihat dapat memastikan kebajikan rakyat dibela.


“ST sebagai badan kawal selia yang dipertanggungjawabkan kerajaan merasakan perlu adanya hubungan kerjasama dengan pihak media kerana kedua-duanya memainkan peranan penting iaitu kami mengawal selia manakala media pula akan menghebahkan peranan suruhanjaya ini kepada masyarakat.


“Selepas pertemuan hampir sejam antara kedua-dua pihak, kita dapat lihat terdapat banyak kolaborasi strategik yang boleh diwujudkan. Dalam pertemuan itu juga kedua-dua pihak lebih mengetahui dan memahami peranan yang dimainkan kedua-duanya,” katanya kepada Utusan Online selepas melawat Jabatan Pengarang Utusan Melayu, di sini hari ini.


Lawatan kerjasama yang pertama kali diadakan itu menyaksikan seramai 16 pegawai dan pihak pengurusan ST termasuk Kamarul Ariffin hadir dan disambut oleh Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia, Nizam Hamid serta Penolong Pengarang Kosmo, Wan Hasnan Wan Hassan.


Turut hadir, Pengarah Operasi Industri ST, Ir. Roslee Esman; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Rozaman Ismail.


ST yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah.


Peranan suruhanjaya itu terbahagi kepada tiga iaitu Kawal Selia Ekonomi, Kawal Selia Teknikal dan Kawal Selia Keselamatan.


Sumber: Utusan Online


#evolusibina #SuruhanjayaTenaga

15 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.