top of page

Crest Builder raih kontrak pembinaan bernilai RM250.5 juta


Crest Builder Holdings Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM250.52 juta daripada Sime Darby Property
Tempoh kontrak ini adalah selama 36 minggu bermula 2 Februari 2023 hingga 2 Februari 2026. - Dagang News

Crest Builder Holdings Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM250.52 juta daripada Sime Darby Property

KUALA LUMPUR: Crest Builder Holdings Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya Crest Builder Sdn. Bhd. memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM250.52 juta daripada Sime Darby Property (Bukit Raja) Sdn. Bhd.


Kontrak berasaskan 'reka dan bina' itu membabitkan pembinaan tiga blok kondominium beserta tempat letak kenderaan di Putra Heights, Petaling Jaya.


"Tempoh kontrak ini adalah selama 36 minggu bermula 2 Februari 2023 hingga 2 Februari 2026," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Rabu.


Kontrak itu memberi sebarang kesan terhadap modal terbitan dan berbayar Crest Builder serta pemegangan utama kumpulan.


Setakat 2.01 petang ini, harga sahamnya susut 1 sen atau 2 peratus kepada 49 sen sesaham dengan 19,000 saham diniagakan.


Sumber: Astro Awani


21 views

Comments


bottom of page