top of page

Ceroboh hutan di kawasan ECRL, projek telah diarah dihentikan


Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Kegiatan terbabit dikesan berlaku di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, telah pun ditangani Disember lalu.

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor telah mengambil tindakan terhadap pencerobohan hutan melibatkan pembalakan haram di kawasan yang telah digazet sebagai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kegiatan terbabit dikesan berlaku di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, telah pun ditangani Disember lalu.


Menurutnya, pemberhentian terhadap aktiviti tersebut telah dilakukan susulan tiada permohonan kerja dibuat pihak terlibat. "Hal itu telah ditangani pada Disember tahun lepas.


"Kita kenal pasti itu adalah sebahagian daripada urusan ECRL cuma kebenaran laksana kerja tidak dibuat, maka kita arahkan projek itu dihentikan, " katanya ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penerima Biasiswa Tabung Pendidikan Anak-Ayak Syarikat dan Badan Berkanun Negeri Selangor pada Jumaat.


Beliau berkata demikian mengulas isu pencerobohan hutan seperti didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, Rimba Disclosure Project (RDP).


RDP memberitahu, dua imej satelit sekitar akhir tahun lalu dan awal bulan ini menunjukkan berlaku penggondolan dan menjumpa' trek pembalakan di Hutan Simpan Hulu Gombak.


Mengulas perkara itu, Amirudin berkata, gambar yang dipaparkan mungkin gambar lama atau baharu kesan daripada kerja-kerja yang telah dihentikan.


Bagaimanapun katanya, pencerobohan itu merupakan sebahagian pintu masuk ECRL untuk membuat terowong ke Serendah dari Gombak.


Sumber: Sinar Harian


2 views

Comments


bottom of page