top of page

Bintang Kencana bina hospital RM500 juta di Bandar Baru Uda


Bintang Kencana bina hospital RM500 juta di Bandar Baru Uda
Bintang Kencana Sdn Bhd

Bintang Kencana bina hospital RM500 juta di Bandar Baru Uda

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Bintang Kencana Sdn Bhd, Kencana Healthcare Sdn Bhd akan membina sebuah hospital di Bandar Baru Uda, Johor Bahru dengan kos anggaran pembangunan secara kasar (GDV) berjumlah RM500 juta.


Hospital yang dibina di atas tanah wakaf berkeluasan 2.19 hektar itu dijadual siap menjelang 2025, dengan tumpuan kepada perubatan kardio dan toraks.


Kencana Healthcare, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) antara Bintang Kencana dan Perbadanan Islam Johor hari ini menandatangi Memorandum Kolaborasi Strategik bersama tiga syarikat lain untuk meneroka projek pembangunan hospital berkenaan serta projek-projek baharu.


Tiga syarikat itu adalah MyANGKASA Holdings Sdn Bhd, Citic Hyperion Strategic Ltd dari China dan CRCC Malaysia Bhd.


Ketua Pegawai Ekskutif Bintang Kencana, Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar, berkata komitmen semua syarikat dalam pembinaan hospital ini adalah berdasarkan analisis menyeluruh permintaan pasaran, pertumbuhan penduduk serta rancangan pembangunan kerajaan bagi menangani kekurangan fasiliti dan memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.


"Pembangunan hospital ini akan menjana sumber pendapatan kepada Tabung Wakaf Rakyat Johor dan Perbadanan Islam Johor.


"Ia akan dicapai melalui dividen yang akan diagihkan kepada pihak berkenaan, pajakan tanah dan penukaran hibah kepada kad perubatan yang akan diberikan kepada golongan yang memerlukan," katanya dalam ucapan pada Majlis Menandatangi Kolaborasi Strategik di sini hari ini yang disaksikan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Ahmad Maslan.


Siri perbicangan untuk menentukan operator awam atau swasta masih dalam proses bagi dimuktamadkan.


Katanya, ciri penting pembangunan oleh Kencana Healthcare itu adalah dengan penyediaan rawatan pesakit dalam dan luar percuma dengan menukarkan peruntukan hibah kepada kad insurans perubatan dan akan memberi manfaat kepada lebih 3,000 keluarga asnaf serta miskin.


Sumber: Berita Harian


Bintang Kencana bina hospital RM500 juta di Bandar Baru Uda


bottom of page