top of page

Bina benteng laut atasi masalah banjir


Gambar hiasan

Sebuyau: Kebimbangan penduduk sekitar Sebuyau berhubung fenomena air pasang besar yang kerap mengakibatkan kerosakan harta benda dan hasil pertanian bakal berakhir apabila kerja pembinaan dan membaiki benteng laut bakal siap dalam tempoh dua tahun lagi.


Menteri Muda Infrastuktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, kerja pembinaan fasa pertama benteng laut itu bermula Oktober lalu.


"Dua kawasan seperti Blok A di Kampung Sebangan dan Blok F di Kampung Baru Sebuyau dibina dengan nilai projek RM88 juta.


"Ia adalah sebahagian daripada RM375 juta yang diperuntukkan bagi kawasan Sebuyau," katanya ketika melakukan lawatan kerja ke kedua-dua tapak projek terbabit, hari ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebuyau itu berkata, peruntukan untuk projek itu adalah sebahagian daripada dana RM500 juta daripada kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Julai tahun lalu.


Beliau berkata, dua kontraktor dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan projek berkenaan iaitu syarikat Greenchain Capital Sdn Bhd untuk projek sepanjang 4.3 kilometer di Blok A dengan nilai RM53.5 juta dan syarikat Putra Sentosa Enterprise Sdn Bhd bagi projek pembinaan benteng sepanjang 4.346 kilometer di Blok F dengan nilai RM34.5 juta.


"Kedua-dua syarikat ini dipilih melalui proses tender terbuka diuruskan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak Bahagian Samarahan dan dijangka siap pada Oktober 2022.


"Bagi kawasan Sebuyau sahaja terdapat empat blok benteng (Blok A, D, E dan F) yang perlu dibina iaitu dari Kampung Bajong sehingga ke pasar Sebuyau," katanya.


Sumber: Harian Metro

Comentários


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page