top of page

Bila isu lif, eskalator rosak di stesen LRT, MRT nak selesai?


Bila isu lif, eskalator rosak di stesen LRT, MRT nak selesai? Harian Metro www.hmetro.com.my
Tinjauan di Stesen LRT Pasar Seni.

Kuala Lumpur: Orang ramai mula merungut mengenai masalah penyenggaraan fasiliti di stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel yang belum diselesaikan sejak bebarapa bulan lalu.


Tinjauan di sekitar ibu negara mendapati fasiliti di stesen ini mengalami kerosakan seperti eskalator dan lif tidak berfungsi.


Penuntut Perakaunan, Muhamammad Muqri Mazlan, 22, berkata, kemudahan yang disediakan bukannya memudahkan malah lebih menyusahkan dan tidak mesra pengguna.


"Hal ini kerana, kemudahan atau fasiliti yang disediakan seperti ekskalator dah lama tergendala dan tidak diperbaiki.


"Masalah ini menyusahkan pelbagai pihak terutamanya, golongan Khas, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau golongan warga emas untuk menggunakan perkhidmatan awam di sini dan koc (gerabak kereta api untuk membawa penumpang) juga berbau.


"Saya harap isu sebegini diselesaikan dengan kadar segera dan mencadangkan Rapid KL untuk memasang pewangi udara untuk kekalkan udara yang segar," katanya.


Di laman sosial Twitter, pengguna juga didapati merungut mengenai isu berkenaan.


Menerusi akaun @amiraazinnishalyahya, twit pemilik akaun menjelaskan semalam ketika berada di LRT Bandaraya didapati lif rosak dan difahamkan ia sudah lama tidak dibaiki.


"LRT bandaraya tak dak lif weh, Bila tanya orang situ, katanya dah lama rosak. Dah lah LRT dia tangga tinggi gila. Tak dapat bayang warga tua dan orang bawa (baby) stroller (kereta sorong bayi) macam mana," katanya dalam satu ciapan semalam.


Seterusnya, akaun @Miz Yuyu menciap, eskalator di LRT Subang Jaya juga sudah rosak sejak bulan lalu.


"Nak tengok escalator (eskalator) LRT Subang Jaya pula, dari bulan 11 (November) rosak. Cakap bulan 12 (Disember) siap, ngam masuk bulan 12 (Disember) pula update (kemas kini) bulan 1 (january) siap. G (pergi) kerja siang malam, tetap begitu je rupa dia. Getah tu tetap tak berganjak," katanya.


Akaun Twitternya @orkedazm menciap, akibat lif tidak berfungsi beliau terpaksa naik jejantas dan sedang hamil kemudian terjatuh kerana jalan lincin dan mengalami kecederaan ringan (lutut lebam).


Sebelum ini, kerja pembaikan kerosakan eskalator dan lif di beberapa stesen LRT dan MRT dijangka dapat diselesaikan akhir tahun ini.


"Kerja sivil dan pemasangan fasiliti akan bermula secara berperingkat pada April depan dan dijangka siap pada Mei 2024 namun ia bergantung kepada penerimaan dan penghantaran alat ganti dari pihak pengilang asal (OEM) di Shanghai, China," kata Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan.


Sumber: Harian Metro


4 views
bottom of page