Berhati-hati dengan portal palsu CIDB


KUALA LUMPUR, 10 April 2019 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini memberi peringatan agar berhati-hati dengan kewujudan laman web yang menyamar sebagai portal rasmi untuk memperbaharui Kad Hijau CIDB.


CIDB dalam satu kenyataan berkata, semua pihak yang terlibat dalm sektor pembinaan perlu menggunakan platform rasmi Sistem Pengurusan Maklumat Berpusat (CIMS) untuk semua operasi dan transaksi.


“Daripada maklum balas yang diterima, ada pihak yang dikenakan caj RM250 untuk pembaharuan Kad Hijau CIDB selama lima tahun berbanding caj rasmi sebanyak RM125.


“Laman web palsu mengandungi Borang Pembaharuan Kad Hijau CIDB yang mengumpul maklumat peribadi pemohon. Apabila maklumat diserahkan, pengguna perlu membuat pembayaran. Pihak CIDB tidak menggunakan pihak ketiga untuk pendaftaran membabitkan kontraktor dan kakitangan,” katanya di sini hari ini.


Dalam pada itu CIDB berkata, pihaknya telah membuat laporan polis dan menggesa semua kontraktor dan kakitangan pembinaan membuat urusan rasmi di http://cimsapp.cidb.gov.my.


Untuk maklumat lanjut atau sokongan, sila hubungi CIDB Careline di 1300-88-2432 atau CIDB ebantuan di http://ebantuan.cidb.gov.my.


Sumber: Utusan Online


#evolusibina

20 views

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.