top of page

Benteng hakisan projek utama


Benteng hakisan
Gambar hiasan: Benteng hakisan

Benteng hakisan

MUKAH: Benteng hakisan bukan sahaja untuk mengelak tebingan sungai daripada terus dihakis oleh arus deras sungai, malah ia boleh dijadikan sebagai kawasan pelancongan tebingan sungai, kata Adun Dalat Datuk Seri Fatimah Abdullah.


“Benteng hakisan ini boleh dijadikan sebagai tebingan sungai yang cantik, tempat menjalankan aktiviti sosial dan juga sesuai untuk aktiviti riadah.


“Dalam masa sama, ia juga boleh digunakan oleh penduduk setempat untuk berniaga pada hujung minggu,” katanya kepada Suara Sarawak.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanakkanak dan Kesejahteraan Komuniti turut memaklumkan sebab memasukkan benteng hakisan dalam projek utama.


“Saya memasukkan pembinaan benteng hakisan sungai antara projek utama di bawah projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan projek rakyat di kawasan Dun Dalat.


“Ini kerana sebanyak 25 daripada 29 kampung dalam Dun Dalat merupakan kampung sungai.


“Selain dari tebingan sungai utama di Pasar Dalat, terdapat sembilan benteng hakisan dan juga tebingan sungai yang telah dibina di Dun Dalat setakat ini,” jelasnya lagi. Sehubungan itu, setiap benteng hakisan atau tebingan sungai yang dibina mempunyai keunikan tersendiri.


“Contohnya ialah Tebingan Sungai Kampung Tanam.


Tempat ini diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan dan pentadbiran yang diketuai oleh Cikgu Danial Francis,” ujarnya.


Tambahnya, mereka sangat kreatif dalam menceriakan tebingan sungai dan juga menganjurkan pelbagai aktiviti sosial bagi menarik pengunjung untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi peniaga kecil pada hujung minggu.


Sumber: Sarawak Voice

12 views
bottom of page