top of page

Belanjawan Selangor 2023: JKR Selangor digesa perinci projek


Belanjawan Selangor 2023: JKR Selangor digesa perinci projek Utusan Malaysia www.utusan.com.my
Belanjawan Selangor 2023: JKR Selangor digesa perinci projek

SHAH ALAM: Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor digesa untuk menyenaraikan projek akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang diberikan kepada mereka menerusi Belanjawan Selangor 2023.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, JKR diminta berbuat demikian kerana meletakkan jumlah peruntukan yang mereka perlukan bagi melakukan pembangunan bukan fizikal di semua daerah dengan amaun sama.


“Mereka letak amaun RM5 juta di semua daerah tetapi tiada perincian dan ini membuatkan saya hairan.


“Saya nak tanya, adakah semua daerah ini mengalami masalah dan kerosakan yang sama sehingga amaun yang diminta untuk setiap daerah pun sama,” katanya ketika ditemui di Bangunan Annex selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.


Malah, menurutnya lagi, difahamkan kerajaan negeri memberi peruntukan besar kepada JKR Selangor pada belanjawan kali ini.


Justeru itu, Azmizam meminta jabatan tersebut segera berbuat demikian supaya semua ADUN boleh melihat perincian projek yang mereka rancang untuk buat pada tahun hadapan.


“Saya juga mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya melantik beberapa syarikat lain bagi menyelenggara jalan raya di seluruh Selangor.


“Saya lihat syarikat yang dipertanggungjawabkan kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan raya ketika ini, tidak menjalankan kerja menyelenggara dengan baik,” tegasnya.


Sumber: Utusan


4 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page