top of page

Belanjawan 2021 dijangka bentang projek mega RM143.06 bilion


Salah satu cadangan stesen projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura

KUALA LUMPUR: Enam projek mega bernilai RM143.06 bilion yang diumumkan di bawah Belanjawan 2020, berpotensi untuk dibawa ke belanjawan akan datang ekoran berlakunya penangguhan dan gangguan tender yang disebabkan oleh COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), demikian menurut CGS-CIMB Research.


Dalam notanya hari ini, firma penyelidikan itu berkata projek itu termasuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dijangka menelan kos RM68 bilion dan Transit Aliran Massa Laluan 3 atau MRT3 (RM45 bilion).


Selebihnya ialah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (RM18 bilion), Landasan Serendah-Pelabuhan Klang (RM8.3 bilion), Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS) (RM3.16 bilion) dan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (RM600 juta).


CGS-CIMB berkata, projek mega berpotensi itu berkemungkinan menjadi sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).


"Terdapat pembabitan yang lebih besar antara kerajaan dan peserta industri dalam MRT3 yang berpotensi untuk merumuskan satu model yang sesuai sekiranya MRT3 dipilih sebagai salah satu projek penting pada 2021," katanya. -BERNAMA



629 views
bottom of page