top of page

Bekas ketua jabatan projek kejuruteraan didakwa 20 pertuduhan terima suapan


Bekas ketua jabatan projek kejuruteraan sebuah syarikat, Yekson Alef Alirman mengaku tidak bersalah atas 20 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM141,030 ketika di hadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 27 JULAI 2021.

SHAH ALAM – Bekas ketua jabatan projek kejuruteraan sebuah syarikat mengaku tidak bersalah atas 20 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM141,030.


Yekson Alef Alirman, 42, didakwa menerima suapan untuk memberikan pembekalan alat jig kepada syarikat Maqna Global Ventures oleh syarikat Nissha Precision Technologies Sdn Bhd.


Berdasarkan pertuduhan, beliau didapati melakukan kesalahan itu di antara 2 November 2016 hingga 2018.


Beliau didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).


Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun bagi setiap pertuduhan.


Dalam masa yang sama, beliau juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Pada mulanya beliau dicadangkan oleh pasukan pendakwa raya untuk dikenakan ikat jamin sebanyak RM30,000.


Namun Hakim Rozilah Salleh menetapkan ikat jamin berjumlah RM25,000 dibayar okeh seorang penjamin atas rayuan tertuduh kini mengganggur dan mempunyai tiga orang anak.


Hanya isterinya sahaja yang bekerja dan menanggung keluarga.


Mahkamah turut mengarahkan tertuduh untuk melaporkan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya sekali selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.


Tarikh sebutan kes adalah pada 26 Ogos 2021. –


7 views

Comments


bottom of page