top of page

Bekas CEO bergelar Datuk ditahan SPRM


Bekas CEO bergelar Datuk ditahan SPRM

IPOH – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Perak bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas dipercayai menerima rasuah pembayaran pembinaan sebuah rumah banglo miliknya dianggarkan bernilai lebih RM450,000.


Menurut sumber, suspek berusia 57 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Perak pada pukul 11.20 pagi selepas dia dipanggil untuk memberikan keterangan berkaitan kes tersebut.


“Suspek dipercayai menerima bayaran berkenaan bagi pembinaan sebuan rumah banglo miliknya yang dianggarkan bernilai lebih RM450,000 daripada seorang kontraktor.


“Kontraktor tersebut pula mempunyai urusan rasmi dengan suspek dalam satu kontrak kerja infrastruktur melibatkan anak syarikat kerajaan negeri itu,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.


“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi esok bagi pendakwaan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sumber: Kosmo Online


34 views
bottom of page