Bekalan air Kelantan dijangka stabil sepenuhnya menjelang 2030
- Ridhwanisme
- Oct 1
- 1 min read

KELANTAN
Peruntukan RM1 Bilion untuk Bekalan Air Kelantan
Sejumlah RM1 bilion diperuntukkan bagi projek infrastruktur air di Kelantan sehingga 2030.
Pendekatan berperingkat ini menyasarkan kestabilan bekalan air sepenuhnya menjelang 2030.
Loji Rawatan Air (LRA) Baharu
LRA Machang dan LRA Tanjung Mas (Kota Bharu) sedang dalam perancangan/pembinaan.
Kapasiti gabungan: 120 juta liter sehari (MLD), bakal menyumbang kepada margin rizab air negeri.
Projek Penggantian Paip Uzur
Sepanjang 330 kilometer paip lama akan diganti bagi mengurangkan kebocoran dan meningkatkan tekanan air.
Langkah ini penting kerana kehilangan air tidak berhasil (NRW) menjadi isu utama di Kelantan.
Sistem Agihan & Tangki Air
Pembangunan sistem agihan baharu dan pembinaan tangki air di seluruh negeri.
Fokus utama: memperluas liputan, menstabilkan tekanan rendah, dan memperkukuh margin rizab bekalan air.
Kerjasama Strategik Institusi
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), dan Kerajaan Negeri memainkan peranan bersama.
Model kerjasama ini penting bagi tadbir urus yang lebih teratur serta keberkesanan operasi.
Projek LRA Bukit Cupak, Gua Musang
Hampir siap dengan kos RM47.9 juta.
Kapasiti: 10 juta liter sehari (MLD), memberi manfaat kepada lebih 25,000 penduduk tempatan.
Dagang News | Kamaliza Kamaruddin





Comments