top of page

Bajet 2023: KKR fokus penambahbaikan jalan raya, lampu isyarat


Bajet 2023: KKR fokus penambahbaikan jalan raya, lampu isyarat Harian Metro www.hmetro.com.my
Gambar hiasan: Bajet 2023: KKR fokus penambahbaikan jalan raya, lampu isyarat

Kepala Batas: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus memberi tumpuan terhadap penambahbaikan jalan raya termasuk memperbanyakkan pemasangan sistem lampu diod pemancar cahaya (LED) serta menambah baik sistem lampu isyarat pintar (STARS) melalui Bajet 2023.


Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya sudah menghadiri sesi yang dikendalikan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung Bajet 2023 bagi mengetahui apa yang boleh dilaksanakan KKR tahun depan.


Katanya, menjadi keutamaan bagi KKR apabila melakukan sesuatu dengan sentiasa memberi tumpuan terhadap kemudahan serta kesejahteraan kepada rakyat.


"Oleh itu, bajet kali ini juga kita akan terus fokus pada penambahbaikan jalan raya yang menumpukan kepada keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya termasuklah dalam konteks lampu lampu jalan menggunakan LED yang lebih penjimatan.


"Pada masa sama, kita turut ingin mewujudkan lebih banyak STARS yang ia lebih efisyen dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya ketika di Majlis Perasmian Projek Membina Jalan Dari Dua Lorong kepada Empat Lorong dari Permatang Pak Elong hingga Jambatan Merdeka Seberang Perai Utara, di sini, hari ini.


Projek yang menelan peruntukan sejumlah RM340.39 juta itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dengan pelaksanaannya bermula pada 19 Disember 2017.


Mengulas lanjut , Fadillah berkata, Sabah dan Sarawak tidak terkecuali dalam fokus KKR menerusi Bajet 2023, bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah mengumumkan beberapa projek bagi kedua-dua negeri itu, baru-baru ini.


"Apa yang diumumkan Perdana Menteri antaranya adalah mahu meneruskan projek Pan Borneo iaitu Projek Fasa 2 Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) serta Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) yang menghubungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan.


"Dalam pada itu, pada mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Perdana Menteri turut mengumumkan pembangunan di sempadan antara Sabah dan Sarawak yang ia bukan sahaja membabitkan kedua-dua negeri itu bahkan sempadan utara ini dengan Thailand," katanya.


Sumber: Harian Metro


6 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page