top of page

AME REIT rancang perluas portfolio di luar Johor


AME REIT rancang perluas portfolio di luar Johor Berita Harian www.bharian.com.my
AME Real Estate Investment Trust (AME REIT)

KUALA LUMPUR: I REIT Managers Sdn Bhd, syarikat pengurusan AME Real Estate Investment Trust (AME REIT) merancang mengembangkan portfolionya di luar Johor dalam yang terdekat.


Pengerusi dan Pengarah Eksekutif I REIT, Simon Lee Sai Boon, berkata rancangan itu adalah bagi perolehan aset akretif vendor pihak ketiga di wilayah tengah dan utara Semenanjung, sebagai tambahan kepada manfaat projek pembangunan hartanah masa depan penajanya, AME Elite Consortium Bhd (AME Elite).


Beliau berkata, langkah itu juga sebagai sumber sedia untuk perolehan hartanah industri sewaan berkualiti tinggi, asrama pekerja dan gudang.


Katanya, selain membangunkan projek sedia ada di Johor, AME Elite sedang giat berusaha untuk membangunkan taman perindustrian di tengah dan utara Semenanjung Malaysia.


''Zon ekonomi utama di Malaysia seperti Selangor di wilayah tengah, Johor di wilayah selatan dan Pulau Pinang di wilayah utara sering menarik pelaburan langsung tempatan dan asing.


''Mandat memperoleh hartanah pihak ketiga di luar Johor memberikan AME REIT fleksibiliti dan peluang meluaskan jangkauan amanah hartanah untuk menjana aliran tunai yang stabil dan potensi pendapatan serta pertumbuhan modal jangka panjang.


''Di samping itu, kami akan dapat menggunakan penjenamaan dan hasrat penaja untuk meniru konsep taman perindustrian terurus di kawasan tengah dan utara Semenanjung Malaysia.


"Secara dalaman, strategi pengurusan aset proaktif, yang tertumpu kepada mengoptimum dan mengekalkan kadar penghunian yang tinggi, bertujuan untuk mencapai pertumbuhan sewa yang stabil serta memaksimumkan pulangan pelaburan,'' katanya selepas majlis pelancaran prospektus AME REIT di sini, hari ini.


AME REIT mempunyai 34 portfolio hartanah industri dan berkaitan industri di Iskandar Malaysia, Johor, bernilai RM557 juta.


Hartanah perindustrian dan asrama ini disewa sepenuhnya masing-masing pada 15 Jun dan 15 Julai 2022, sekali gus memberikan aliran tunai yang stabil.


Selepas penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Securities Malaysia Bhd, AME REIT mempunyai ruang utama hutang yang mencukupi sehingga RM240.8 juta untuk meneruskan potensi pengambilalihan, berdasarkan had yang ditetapkan sebanyak 50 peratus daripada jumlah nilai aset .


Penyata kedudukan kewangan AME REIT akan mempunyai jumlah keberhutangan sekitar RM46.5 juta, mewakili 8.1 peratus daripada anggaran jumlah nilai asetnya sebanyak RM574.5 juta.


IPO AME REIT membabitkan terbitan 254.8 juta saham baharu, mewakili 49 peratus daripada jumlah 520 juta unit dalam AME REIT.


Ia terdiri daripada tawaran runcit sehingga 174.8 juta unit pada harga runcit RM1.15 seunit, merangkumi sehingga 156.6 juta unit yang ditawarkan kepada pemegang saham AME Elite berdasarkan seunit bagi setiap lima saham biasa yang dipegang dalam AME Elite pada 15 Ogos 2022, 10.4 juta unit disediakan kepada orang awam dan 7.8 juta unit kepada pengarah dan kakitangan AME Elite yang layak serta anak syarikatnya.


AME REIT dijadual akan disenaraikan di pasaran saham tempatan pada 20 September 2022.


Sumber: Berita Harian

11 views

Comments


bottom of page