top of page

Air Sungai Skrang melimpahi tebing cetus banjir


Air Sungai Skrang melimpahi tebing cetus banjir
Laluan Lebuh Raya Pan Borneo yang dinaiki air hari ini menyebabkan pengguna tidak dapat melaluinya.

Air Sungai Skrang melimpahi tebing cetus banjir

BETONG: Orang ramai yang melalui Lebuh Raya Pan Borneo di Kilometer (KM) 23, Jalan Betong-Sri Aman berhampiran kawasan Tebarong, terpaksa meredah banjir apabila air Sungai Skrang mendadak naik sekitar jam 8 pagi tadi.


Kenaikan air sehingga melimpahi tebing itu berikutan pertembungan air pasang besar dan air hujan dari kawasan hulu sungai.


Menurut seorang pengguna, kebanyakan kenderaan kecil tidak dapat melalui jalan tersebut sekali gus menyebabkan kesesakan trafik.


"Kedua-dua laluan yang menghala ke Sri Aman dan Betong tersekat akibat dipenuhi air dan pengguna jalan tersebut terpaksa memberhentikan kenderaan mereka. 


"Kenderaan yang berkapasiti kecil dan rendah tidak dapat meredah banjir menyebabkan jalan sesak dan ada yang berpatah balik dengan melawan arus laluan untuk mencari jalan ke laluan sebelah," katanya. 


"Ada yang berani terpaksa menanggung risiko kerana terdapat kenderaan yang terkandas di tengah banjir akibat tidak sabar untuk meredah banjir. 


"Namun begitu, kenderaan besar dan tinggi berjaya meredah air yang agak dalam dan membahayakan," jelasnya. 


Katanya lagi, kemungkinan air surut sekitar setengah atau satu jam dari masa tersebut. 


Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam menghadapi situasi yang berkemungkinan akan dilalui ketika menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo.   



Air Sungai Skrang melimpahi tebing cetus banjir

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page