97 peratus kecacatan binaan Akademi Mokhtar Dahari telah diselesaikan


KUALA LUMPUR: Kisah ‘kecacatan binaan’ Akademi Mokhtar Dahari yang pernah menjadi bualan pada Oktober tahun lalu kembali hangat dibualkan.


Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi membuat lawatan ke akademi bola sepak paling berprestij Malaysia pada Selasa.


Katanya, tindakan segera yang diambil ketika lawatannya sebelum ini telah berjaya menyelesaikan 97 peratus kecacatan binaan yang dikenalpasti.


"Alhamdulillah, daripada 873 kecacatan binaan yang dikenal pasti, 852 telah pun dibaiki.


"Semuanya gembira begitu juga ibu bapa mereka," katanya menerusi muat naik di Instagram.


Bagi Syed Saddiq, beliau hanya mahu memastikan Akademi Mokhtar Dahari mampu melahirkan lebih ramai pemain hebat seperti Datuk Mokhtar Dahari di masa akan datang.


Sumber: Astro Awani


#evolusibina #AkademiMokhtarDahari #bangunan

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.