top of page

70 peratus projek di Sarawak boleh dilaksana tanpa merujuk Kerajaan Persekutuan


70 peratus projek persekutuan boleh dikendalikan oleh Kerajaan Sarawak tanpa merujuk kepada Kerajaan Persekutuan.
Gambar hiasan: Lebih kurang 70 peratus projek persekutuan kini boleh dikendalikan oleh Kerajaan Sarawak sendiri tanpa merujuk kepada Kerajaan Persekutuan.

70 peratus projek persekutuan boleh dikendalikan oleh Kerajaan Sarawak tanpa merujuk kepada Kerajaan Persekutuan.

SIBU: Lebih kurang 70 peratus projek persekutuan kini boleh dikendalikan oleh Kerajaan Sarawak sendiri tanpa merujuk kepada Kerajaan Persekutuan.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini projek tersebut termasuk klinik, sekolah, balai bomba dan projek luar bandar lain yang dapat dijalankan oleh JKR negeri Sarawak.


Jelas Fadillah, keputusan tersebut katanya amat bermakna kepada Sarawak bagi mempercepatkan pembangunan terutama di kawasan luar bandar kerana kini kerenah birokrasi sudah dapat dikurangkan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas membenarkan pelaksanaan mana-mana projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.


“Inilah kedudukannya apabila kita dapat bersama membentuk kerajaan dan suara kita didengar dan yang penting GPS itu diiktiraf peranannya dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada malam Mesra GPS 2023 di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor di sini malam tadi.


Sumber: Sarawak Voice


Comments


bottom of page