top of page

500,000 kenderaan dijangka guna Lebuhraya LTU menjelang Aidiladha


500,000 kenderaan dijangka guna Lebuhraya LTU menjelang Aidiladha
Gambar hiasan: Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU)

500,000 kenderaan dijangka guna Lebuhraya LTU menjelang Aidiladha

KUALA LUMPUR – Kira-kira 500,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap dan sebahagian Persimpangan Krau, Raub menjelang perayaan Aidiladha yang akan disambut umat Islam minggu depan.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, menerusi pembukaan laluan itu pengguna dapat menikmati penjimatan masa sehingga 40 minit pada waktu puncak kerana tidak perlu lagi melalui Bandar Bentong dan Raub.


Katanya, penyerahan projek itu oleh Jabatan Kerja Raya kepada pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) akan dilakukan pada Ahad ini dan seterusnya dapat dibuka untuk laluan kenderaan pada pada Isnin.


“Keseluruhan jajaran Lingkaran Tengah Utama LTU dijangka dapat digunakan sepenuhnya oleh orang awam pada tahun 2026,” katanya di Dewan Negara, hari ini.


Terdahulu, Senator Mohd Apandi Mohamad meminta kementerian menyatakan, apakah status terkini kemajuan projek lebuh raya Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road) berbanding jadual asal projek tersebut.


Mengulas lanjut, Alexander berkata, status semasa projek berkenaan sehingga Jun 2023 adalah 55.36 peratus berbanding 56.75 pertus unjuran, yang mana dua projek dalam peringkat perolehan, 14 projek dalam pembinaan manakala, 10 telah siap yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM7.7 bilion.


Tambahnya, projek itu telah dimulakan pada 14 Mac 2018 dengan kos projek sebanyak RM 294.6 juta.


Antara skop kerja yang dilaksanakan katanya beliau, ialah membina jalan baharu empat lorong dua hala dengan reka bentuk piawaian JKR R5 sepanjang 16.9 kilometer, lima buah jambatan, dua Vehicular Box Culvert (VBC), serta Persimpangan Krau, Raub.


“Manakala, baki kerja yang masih dilaksanakan untuk Seksyen 5A adalah sepanjang sembilan kilometer,” ujarnya.



500,000 kenderaan dijangka guna Lebuhraya LTU menjelang Aidiladha


bottom of page