top of page

5 ditahan kes rasuah projek MRT lebih RM650 juta


Gambar hiasan

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu membabitkan dua bekas pengarah dan tiga pengarah syarikat kejuruteraan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) bernilai lebih RM650 juta.


Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman tiga suspek berusia 43 hingga 52 tahun bermula hari ini hingga 27 Mac untuk membantu siasatan.


Bagaimanapun, dua lagi suspek lelaki berusia 54 dan 63 tahun yang juga bekas pengarah syarikat kejuruteraan tidak direman atas faktor kesihatan. Mereka akan diperintah hadir ke Pejabat SPRM setiap hari bagi membantu siasatan.


Dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan berkenaan termasuk seorang berpangkat Datuk dipercayai telah menerima rasuah kira-kira RM27 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan lain sebagai balasan melantik syarikat terbabit sebagai perunding projek berkenaan pada tahun 2017.


Sumber: Berita Harian

1,926 views
bottom of page