top of page

48 kampung Orang Asli Lipis dapat liputan internet satelit percuma


48 kampung Orang Asli Lipis dapat liputan internet satelit percuma Malaysia Gazette www.malaysiagazette.com
Gambar hiasan: 48 kampung Orang Asli Lipis dapat liputan internet satelit percuma

PEKAN – Sebanyak 48 Kampung Orang Asli (KOA) di Lipis dekat sini kini mampu menikmati internet jalur lebar tanpa wayar (BWA – 4G) yang menggunakan teknologi satelit secara percuma.


Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, kadar progress perkhidmatan internet percuma itu mula dinikmati mereka sejak April lalu dan kini telah meningkat kepada 78.48 peratus.


Antara KOA Yang terlibat di Lipis merupakan KOA Teluk Gunung, KOA Kuala Suar Pos Lanai, KOA Bantal Serau, KOA Churuk Pos Lenjang, KOA Simai Baru, Pos Betau dan lain-lain.


Manakala menara komunikasi baharu akan dibina di beberapa kampung Orang Asli seperti di KOA Sg Garam, KOA Nyamuk, KOA Lanchang, KOA Bertang, KOA Tual, KOA Sg Cherues Lama, KOA Kuala Tidul, KOA Talut, KOA Kuala Tual Baru, KOA Simoi Baru RPS Betai, KOA Cherung, KOA Simoi Lama, KOA Chinchin, KOA Rakoh dan KOA Sungai Sekin.


Dalam pada itu, rangkaian gentian optik juga sedang giat dijalankan bagi memastikan premis di daerah itu mendapat liputan internet berkelajuan tinggi.


Sehingga kini, sebanyak 4,445 premis telahpun mempunyai rangkaian gentian optik berbanding hanya lapan premis sahaja pada Suku Kedua 2020 iaitu sebelum Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bermula.


“Dengan progres terkini semua pelaksanaan, kadar liputan akan terus meningkat sebanyak 78.48 peratus Dalam tempoh suku tahun ini berbanding 60.09 pada suku tahun 2020.


“Daerah Lipis merupakan daerah yang mendapat peruntukan paling banyak dari segi bilangan projek yang dilaksanakan dalam usaha Kerajaan Negeri bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meningkatkan telekomunikasi dan internet dibawah JENDELA,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Difahamkan sebanyak 52 menara baharu telah ditetapkan untuk dibina dan empat daripadanya telahpun siap pada tahun 2021 lalu iaitu di Kampung Ridan, Kampung Sg Lik, Kampung Gua Kalung dan Agropolitan Gahai.


Manakala baki 48 menara lagi kini dalam peringkat perolehan tapak melibatkan 30 tapak di atas tanah Kerajaan Negeri dan selebihnya di atas tanah individu dan korporat.


Selain itu, sebanyak 143 stesen pemancar sedia ada di Daerah Lipis ini telah siap dinaiktaraf ke rangkaian 4G.



2 views

コメント


bottom of page