top of page

44 pekerja tapak pembinaan positif Covid-19



SERAMAI 44 pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur disahkan positif wabak Covid-19.


Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Persekutuan sudah memaklumkan jangkitan Covid-19 itu yang menular di sebuah tapak binaan di Kuala Lumpur.


Menurutnya, kluster tapak pembinaan itu sudah dapat dikenal pasti kerana pihak kontraktor mematuhi Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, iaitu untuk melakukan saringan Covid-19 ke atas pekerja mereka sebelum dibenarkan beroperasi.

"Setelah menjalankan saringan Covid-19 ke atas semua pekerja, 44 pekerja disahkan positif dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Pekerja yang mempunyai kontak rapat juga sudah dikuarantin.


"Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah mengenakan perintah tutup tapak binaan dan rumah kongsi terbabit. Selain itu JKWP juga akan melaksanakan proses pembersihan dan nyah kuman di tapak binaan dan rumah kongsi ini," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.


Tambah beliau lagi, CIDB akan terus memeriksa tapak binaan bagi memastikan SOP dipatuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Sumber: Harian Metro


14 views
bottom of page