419 projek pembangunan dan infrastruktur sedang dilaksana oleh BDDA di Betong, Sarawak
- Ridhwanisme
- Jul 9
- 1 min read

BETONG, SARAWAK
Status Keseluruhan Projek BDDA
Sehingga Julai 2025, sebanyak 419 projek pembangunan sedang dilaksanakan di bawah BDDA (Betong Division Development Agency).
Agensi Pelaksana dan Bilangan Projek
JKR (Jabatan Kerja Raya) – 99 projek (infrastruktur)
Jabatan Pertanian – 215 projek (agro-pertanian)
Jabatan Kebajikan Masyarakat – 49 projek (sosial dan hal ehwal wanita)
MINTRED – 29 projek (perdagangan, industri, keusahawanan)
MTCP – 11 projek
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) – 16 projek
Objektif Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Khas BDDA
Menyemak kemajuan semasa setiap projek.
Menyelaraskan tindakan pelbagai jabatan.
Memastikan impak pembangunan kepada rakyat Betong bersifat mampan, inklusif dan berkesan.
Memperkukuh kerjasama rentas agensi kerajaan untuk agenda pembangunan luar bandar.
Projek di Kawasan Kabong (ADUN: Dato Mohd Chee Kadir)
Jumlah keseluruhan: 102 projek pembangunan.
33 projek telah siap sepenuhnya.
67 projek masih dalam perancangan.
2 projek sedang dilaksanakan dan berjalan mengikut jadual.
TVS / Editorial





Comments