top of page

4 aktiviti pencerobohan hutan dikesan di Taman Negeri Selangor


Taman Negeri Selangor
Pencerobohan hutan dikesan di empat kawasan sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, Selangor, sekitar akhir tahun lalu dan awal bulan ini. - FB RDP

Taman Negeri Selangor

KUALA LUMPUR: Pencerobohan hutan berbentuk pembalakan haram dikesan berlaku di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, sekitar akhir tahun lalu dan awal bulan ini.


Perkara itu didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, Rimba Disclosure Project (RDP) dalam laporannya, yang menyatakan bahawa Taman Negeri Selangor digazetkan pada 2007 dan adalah Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) kedua terbesar di Semenanjung selepas Taman Negara.


Bagaimanapun, katanya hasil analisis daripada imej satelit harian menjumpai empat aktiviti penggondolan yang mencurigakan di dalam dan sekitar sempadan Taman Negeri Selangor.


"Dua imej satelit sekitar akhir tahun lalu dan awal bulan ini menunjukkan berlaku penggondolan dan menjumpak trek pembalakan di Hutan Simpan Hulu Gombak.


"Manakala imej ketiga dan keempat, menunjukkan trek pembalakan dan penggondolan di Hutan Simpan Serendah," menurut RDP dalam satu ciapan menerusi laman Twitter miliknya.


Katanya, lawatan ke tapak trek pembalakan di Hutan Simpan Serendah mendapati ia adalah untuk projek Laluan Rel pantai Timur (ECRL) dan keempat-empat aktiviti yang dijalankan adalah sepanjang jalur sama.


Bagaimanapun tegas RDP, berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, projek ECRL Gombak - Pelabuhan Klang tidak pernah diluluskan.


"Sekiranya projek berkenaan diluluskan, laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA), memaklumkan ia hanya membabitkan kehilangan hutan sebanyak 11.5 hektar, di mana 10.6 hektar adalah di luar taman berkenaan.


"Laporan itu juga tidak menyebut secara terperinci sebarang cadangan membabitka aktiviti pembalakan memandangkan ia adalah projek terowong bawah tanah," katanya.


Sehubungan itu, RDP memohon penjelasan daripada pihak berkuasa.


Sumber: Berita Harian


4 views
bottom of page