top of page

320 projek dilulus, wujud aktiviti ekonomi bernilai RM232 bilion


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Invest Malaysia 2020 - Perbualan Pasaran Modal di Bursa Malaysia. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Sebanyak 320 projek membabitkan dana mudah cara bernilai RM14.231 bilion telah diluluskan setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Beliau berkata, projek-projek berkenaan telah mewujudkan aktiviti ekonomi bernilai RM232.468 bilion.


"Pendekatan kerjasama awam-swasta (PPP) menjadi pemangkin yang lebih besar untuk penyertaan sektor swasta dalam membangunkan ekonomi negara.

"Di bawah Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11, dana mudah cara berjumlah RM20 bilion telah diwujudkan bagi merangsang pelaburan swasta dalam beberapa bidang strategik.


"Daripada peruntukan RM20 bilion itu, RM5 bilion diperuntukkan untuk pengambilalihan tanah, selebihnya RM15 bilion bertindak sebagai batu lonjakan bagi membantu sektor swasta membiayai projek mereka," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan maya Invest Malaysia 2020 Siri 2, di sini hari ini.


Mustapa memaklumkan, dana berkenaan menyasar membantu merapatkan jurang kebolehjayaan sektor swasta yang terbabit dalam projek yang mempunyai impak strategik dan kesan limpahan ekonomi yang besar.



13 views
bottom of page