3,000 akaun SADA alami gangguan bekalan air



Alor Setar: Kira-kira 3,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) dijangka mengalami gangguan bekalan pada Rabu ini, berikutan terdapat kerja pembinaan projek loji rawatan kumbahan dan pembentungan serantau berdekatan.


Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, pengguna yang akan terjejas ialah di Jalan Teluk Wanjah, Jalan Langgar, Taman Ambar, Lorong Shariff, Menara Zakat dan Taman Lum Sun.


Katanya, selain itu kawasan Taman Hap Huat, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Langgar, Kompleks Malai dan kawasan sekitarnya turut akan mengalami gangguan bekalan.


"Pengguna di kawasan terbabit dinasihat membuat persediaan awal dan menyimpan air serta menggunakannya secara bijaksana.


"Projek berkenaan membabitkan kerja pengalihan paip di Jalan Teluk yang dijangka bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang termasuk masa pemulihan bekalan air," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Sehubungan itu, Mohd Suhaimi berkata, pihak SADA memohon maaf di atas segala kesulitan yang bakal dihadapi semua pengguna di kawasan terbabit.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #Kedah

0 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.